Tuesday, February 17, 2015

Tips : Bertunang 2015 (Bajet Terhad)

Hello... bloggers!!!

Credit : Google


Apa khabar semua??? Masih ada ke yg sudi singgah ke blog ni?
Kalau ada terima kasih banyak-banyak coz sudi juga baca.

Kali ni nak bagi tips kepada yg bakal bertunang. Suka tak?
FYI, saya bertunang pd tahun 2013. So, dah tiba masanya saya nak kongsi tips.
Harap dapat membantu la yea...

Tips ni lebih kepada yg bakal bertunang secara 'bajet'.
Maksudnya, bajet korg terhad la atau jenis yg x nak membazir giteww.


1. Baju - Buat 1-2 bulan awal sebelum majlis. Itu mengelakkan kelam kabut.
Kalau saya dulu beli melalui online je. Senang. Saya pilih baju design Vercato.

2. Hand Bouquet : Tidak wajib tapi hand bouquet ni bikin penyeri atau
klu tengah nervous tu dapat jg cover. Hehehe...
Ada 2 pilihan samada nak bunga fresh atau bunga palsu.
Bunga palsu boleh jimat coz boleh pakai semula time nikah atau sanding
tapi ada ke yg nak guna semula nanti? Hihi. Kalau saya dulu guna bunga fresh
coz bunga fresh ni best. Perasaan guna bunga fresh ni lain sikit. Hikhik.
Nak jimat buat sendiri. Sila Google macamana cara nak buat hand bouquet.

3. Makeup - Bagi yg x pandai makeup better upah mak andam (MUA).
Apa salahnya bayar lebih sikit utk majlis sendiri tp kena pandai pilih
mak andam la. Pastikan korg tgk portfolio/gambar customer yg pernah
mak andam tu kasi makeup then survey harga yg mereka caj.
Kalau saya dulu makeup sendiri je. Save bajet lagi.

4. Kasut - Majlis bertunang ni kasut tak berapa penting tapi kena sediakan jg
manatau ada untuk sesi bergambar. P/S : jangan lupa pakai stokin nipis.

5. Hantaran - Selalunya hantaran dulang 3 vs 5 atau 5 vs 7.
Kena fikir betul-betul apa yg berbaloi utk dijadikan hantaran.
Kalau saya elakkan terlebih kepada makanan sebab klu makanan ni tidak
boleh dijadikan kenangan coz utk belah perempuan 5 je. Muahahaha...
Hiasan pula klu nak jimat sila buat sendiri.
X perlu sewa bagai coz kalau sewa ni caj mahal.
Lepas tu membazir coz barang x dapat.
Lebih baik buat sendiri coz bila habis majlis dulang tu
boleh guna semula samada untuk hantaran nikah atau buat dekorasi.

Hantaran saya dulu :

Perempuan

1. Cincin
2. Handbag
3. Makeup
4. Perfume
5. Kek


Lelaki

1. Dompet
2. Perfume
3. Baju Kemeja
4. Seluar
5. Buah
6. Coklat
7. Kek

6. Senarai tetamu - Jemputan majlis bertunang selalunya hanya
keluarga terdekat, sahabat & jiran. Kira-kira 100 orang atau kurang.
X perlu kad jemputan atau jemput ramai orang sangat
coz baru bertunang je dulu kan...

7. Menu - Makanan kena ada ayam, daging, ikan. sayur, buah & kuih-muih.
Minuman pula selalu 4 jenis iaitu air mineral, kopi, nescafe & sirap. Contoh je tu.
Terpulang pada selera masing-masing.

8. Mini Pelamin - Harga sewa mini pelamin sekarang dalam RM150 dan ke atas
(lain area lain harga). Buat sendiri pun boleh tapi pastikan bajet buat sendiri tu
tidak melebihi dr harga sewa. X nak mini pelamin pun x apa
coz bertunang je pun kan. Beli je karpet 'bulu-bulu' tu dan bantal kusyen khas
untuk duduk di lantai atau nak jimat lagi tunggu je dlm bilik mcm zaman dulu-dulu.

9. Doorgift - Tidak wajib. Ikut sukahati korg nak atau tidak.


Nampak je macam susah kan?

Ala... tidak susah mana pun cuma kena pandai fikir & urus.

Jangan jadikan majlis korg tu menyusahkan diri korg, keluarga & bakal tunang.

Ikut kemampuan k...

**Sedangkan ada je orang kaya buat sederhana apatah lagi korg kan?


Terima kasih kerana sudi membaca!


(^-^)



Apa kata anda? KOMEN je ...

13 comments:

  1. pertunang zie dulu lagi simple sis. Takde mini pelamin, takde hand bouqet dan takde mak andam utk make up bagai. hehe. Make up sendiri je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu pun macam tu juga. Sekarang ni ja yg demand sikit. Haha...

      Delete
  2. buat review kosmetik lagi puteri..rindu pula nak baca. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak review tapi tu la penyakit malas menyelubungi diri. Hehe...

      Delete
  3. Thank u for sharing! Its really helping!!!! Harap boleh share another tips ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome. Thank you for reading. In Sha Allah, tips KAHWIN pula lepas ni. Hehehehe...

      Delete
  4. assalam hehehe baru je habis baca entri anda, mmg pun skrg waktu berjimat, mmg betul nasihat anda, please wish my best,, sy gementar jugak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca . All the best to you ;) .

      Delete
  5. mudah mudahan tips akak ni membantu ,sakit kepala skg ni memikir bajet tunang hahahahaha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha . Relax . Mudah-mudahan semua berjalan dgn lancar . Aaminn... :)

      Delete
  6. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    Kad jemputan

    ReplyDelete